assalamualaikum w.b.t
cikeboom cikebomm cikebomm . . .
nak tau tak ? cuti ni macam macam benda jugak la yang aku buat , salah satu daripadanya ialah aku dengan ibu together together buka booth . setakat ni dah merantau kawasan KLIA dengan cyberjaya baru . actually best tau buka booth jual barang , tengok customer datang booth lalu membeli akan nya tu yang syok tu , ahaks ! dapat duit siapa tak suka *ngeee*
seminggu ada la dalam 3kali macam tu , depends pada kekosongan tempat tersebut dan juga jadual ibu . ehem ! usahawan kan mesti la kena check jadual dulu HAHA .
macam tadi buka booth dekat cyberjaya . terkejut la bagi aku sebab first time road tour buka booth dengan ibu kat cyber . terkejut bukan sebab apa , sebab majoriti ia nya international . ibu cakap cyberjaya ni bandar bestari thats why ramai negro , indon , myanmar , pak arab mak arab tu semua kan .
sampaikan macam ada satu kes tadi , ada pelancong from china datang booth kami , dia berminat dengan satu baju ni sayang nya dia tak reti untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris apatah lagi bahasa melayu kan . alhamdulillah la ada seorang aunty kawan ibu boleh translate kan . aku ?
HAHA aku awal awal lagi dah menyorok , taktau nak berkomunikasi dengan warga asing ni , hanya mampu senyum dan tunduk tunduk kan kepala , aku harap dia faham laa kan . . .
banyak benda yang aku belajar bila selalu follow ibu , macam mana nak handle customer , tawar menawar harga . haih ingat senang ? pada luaran nya kita nampak orang yang buka booth ni just susun barang , duduk duduk and layan customer je ?
oh tidak sama sekali laa . aku ni pun rasa nya kena berkursus dengan ibu 3hari baru lepas untuk jaga booth ibu seorang diri . nak layan customer ni kena ada skill serta cara nya yang tersendiri . .
selain kena pandai tawar menawar harga , kena tau jugak material kain tersebut , kain jenis apa , cepat pudar ke tak , macam macam la kan . itu satu hal , satu hal pulak cara cara nak handle customer .
muka kena manis , duduk jangan menongkat dagu , jangan control pergerakan customer cukup la sekadar memerhati kan saja , kena pandai ambil hati customer , jangan terlalu serius . . .
itu pun dalam kategori ilmu jugak kan ? *smiley* mudah mudahan dengan apa yang aku dapat sepanjang cuti ni dapat dipraktikkan untuk masa akan datang , apa yang paling penting dekat dunia ini ialah PENGALAMAN !
antara gambar yang sempat juga la aku snap . HAHA ada dua je yang sempat di snap kan . . .
apa yang kita lakukan benda yang baik itu semua adalah pengalaman , pelajari serta hayati setiap detik apa yang lakukan . .
that all ~ kamsahanida *big smile* :D
No comments:
Post a Comment