Sunday, 1 September 2013

Latihan Industri


assalamualaikum w.b.t

dah 2bulan lebih memegang tittle 'practical student' or 'trainee' or dalam bahasa kasar nya 'kuli batak' ! huhu and now baru terasa nak update ? nampak tak sibuk nya tu kan .

aku telah menjalani Latihan Industri di company yang diberi nama FMP Automotive (M) Sdn Bhd . that is sebuah syarikat automotif yang mengeluarkan brek kereta .

hari first melaporkan diri baru tau background company tu , sebelum ni main apply je langsung tak tahu menahu apa apa .

dan dan pulak aku bahagian maintenance , sebelum ni mana ada dekat company tu maintenance perempuan , so kira pecah rekod laa ni kan ? *senyum*

bila dah menjadi 'ahli' FMP ni nak nak pulak tercampak bahagian maintenance , memang tangan , baju , seluar , tak pernah bersih . tangan sentiasa hitam . panjat sana sini , senang cerita memang lasak laa kan . jadi 'jantan' kejap panjat sana sini .

tapi even agak lari sikit dengan kos yang aku ambil , tapi ada juga la pengetahuan baru .

ternyata bila dah terlibat dalam dunia maintenance ni kena 'tough' dalam elektrikal . alhamdulillah sedikit sebanyak apa yang belajar teori dekat kelas , sedikit sebanyak dipraktikkan di sana .

yang paling mereka tak sangka , bila part welding , yoaa jangan pandang rendah ingat kaum hawa tak reti nak handle welding set .









No comments:

Post a Comment